Empat penduduk yang tinggal di dalam sebuah kerajaan bernama Nuriah membawa diri mereka ke istana dengan satu hajat yang sama, iaitu ingin mengambil pekerjaan sebagai pengawal peribadi kepada anak raja mereka. Satu benda sahaja. Mereka tidak tahu yang sebenarnya raja mereka memiliki 7 anak, yang masing masingnya memiliki perangai yang tersendiri yang akan membuat tangan mereka penuh. Bagaimanakah mereka akan berjaya menghadapi pekerjaan ini?